Memaparkan catatan dengan label kisah hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah hidup. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Februari 2015

S I K I T L A G I

L
LO
LOA
LOAD
LOADI
LOADIN
LOADING
LOADING.....



Semester 8 kini dalam pembikinan.

Selasa, 4 Mac 2014

Air mata gembira

Banyak yang telah aku lalui demi menempuhi hari mendatang. Banyak peluang dan ruang aku lepaskan demi memberikan peluang buat adik aku berjaya. Kerap kali aku ungkapkan pada dia, terbang lebih tinggi wahai adik. Sering kali aku terluka atas perlakuan yang telah aku buat demi melihat adik aku terbang lebih tinggi. Sehingga aku membuat keputusan yang besar di dalam hidup demi membantu dia kelak.

Alhamdulillah, hari ini aku duduk menangis kegembiraan bila adik publish gambar bersama atlet basikal dunia dan senarai teamate dia. Biarpun dia menganggap aku marah pada dia, ia sama sekali salah. Biarkan aku begini demi dia terbang lebih tinggi. Aku tidak mampu untuk terbang setinggi dia, aku tiada kemampuan seperti dia ada. Semoga adik terbang lebih tinggi ya, banggakan ummi, abah , keluarga dan cinta hati adik ya. Abang tidaklah perlu adik risau. Biarlah masa yang menentukan corak masa depan abang. 

Dalam benak kepala abang bagaikan ada sesuatu batu besar yang menghalang, samaada wajar atau tidak untuk abang mencuba nasib di alam pekerjaan. Perkenalan abang dan adik di UPM ini banyak membuat aku sedar bahawa aku hanya insan kerdil yang tidak mampu berbuat apa. Teringat kata-kata pensyarah En Mehan : " Lepaskan sedih kamu, jangan dipendam. Kelak ia akan hilang " .  Adik sudah mula terbang tinggi, bila pula si abang ingin melebarkan sayapnya?

Semoga segala urusan kita dipermudahkan. InshaaAllah.

Rabu, 26 Februari 2014

Jurang

"Kau pergi jua dari hidupku, Kini sendiri hari-hariku"

Bait-bait lirik lagu membuat aku adakalanya sayu . Ramai sahabat aku melihat diri ini kuat dan tabah. Hakikatnya ia begitu rapuh. Bila bersendirian fikiran mula dibelenggu dengan masalah yang ada menempuh diri.  Bila dikata tangguh , aku beranggapan tidak berjumpa. Namun dia semakin kerap datang ke sini. TETAPI tidak sekali aku berjumpa dengan dia. Aku sudah mula nampak jurang yang mulai ada. Bagaimana aku mahu katakan pada dia, aku dan dia tidak ada lagi masa seperti dahulu. Aku mula dihimpit dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir, tugas hakiki sebagai anak, tangungjawab sebagai pemimpin. 

Hari ini dia datang lagi. Namun tidak terdetik langsung untuk dia menjenguk aku. Hanya sekadar menghantar orang mengambil barang di dalam bilik aku. Jika itu yang dia mahukan, aku akan teruskan. Biarlah kita berbicara begini sahaja. Tidak banyak yang aku minta, laksanakan janji yang pernah aku sebagai abang minta kepada adik. Itu sahaja yang aku minta, selepas aku melangkah turun dari pentas dewan memegang sekeping BACELOR SAINS ( PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PENGURUSAN ) maka gugurlah segala janji yang aku ikat. 

JUJUR aku  katakan  , memang selalu aku terasa hati dengan tindakan dia. Namun hari ini benar-benar aku terguris. Hina sangatkah perwatakan aku ini ? Teringat kata-kata pensyarah aku tadi. Walaupun dia bukan seorang Muslim . Namun , dia mengatakan tuhan tahu apa niat kita . Jadi laksanakan sebaik mungkin walaupun pekara itu bukanlah pekara yang kita suka. Mendalam maksud yang dijelaskan. Hingga aku malu dengan kata-kata pensyarah.


Isnin, 27 Januari 2014

A n t a r a D u a . . .

ANTARA DUA tanggungjawab yang tergalas di bahu aku perlu aku laksanakan . Antara tangungjawab HAKIKI sebagai anak dan tangungjawab tugasan. Kedua-dua adalah penting, adakalanya kita diuji dipertengahan simpang. Duhai hati, tabahkan jiwa dikala dugaan datang mengusik. Di saat keluarga memerlukan kau, kau tiada bersama dengan rimbunan tangungjawab. 

Adakah pilihan aku ini tepat?
La Tahzan duhai hati, 3ohb akan tiba jua. 
Laksanakan kedua-dua tangungjawab sebaik mungkin.

J A N G A N . . . .

Sumber : Seperti di atas
                                      


Jangan kau mengalir wahai si air mata, jangan kau bercucuran di pipi. Jangan kau sebakkan hati ini, Sungguh pun aku sedang berduka, aku cuba tabahkan hati ini. Walaupun aku cuba untuk bertahan, apakan daya kau tetap mengalir. Butir-butir kaca berderai ke pipi , setiap titisan mengalir kedukaan, kebimbingan dan kekusutan.

Demi Si dia, kau tetap mengalir wahai air mata. Mengapa ? Terkenangkan apa ?Hanya hati yang duka yang mengetahui. Aku cuba mungkiri pada janji, tapi kenapa Si dia cuba ingatkan kembali. Hati bagaikan berdosa, mengkhianati Si dia yang terlalu baik. Si dia dan dia kuasa dua amat membuat aku bersalah. Maaf atas keputusan yang telah aku lakukkan. Mungkin keputusan lalu hanya berdasarkan jawapan nafsu bukan berlandaskan hati dan minda . Maaf kepada insan yang terluka akan keputusan itu. Biarlah aku dengan penuh ta'kzimnya menarik kembali apa yang telah aku ungkapkan.

#Terbang Lebih Tinggi
# Akhir Graduasi

Ahad, 26 Januari 2014

M e n d u n g. . . .

Hari ini seperti biasa aku duduk termanggu menanti tika dan waktunya untuk melunaskan telah aku ungkapkan dahulu. Masa seakan berlari meninggalkan aku, dia dan kamu.  Meskipun aku kelihatan gembira, hakikatnya hati aku bagaikan dihiris dan digilis. Tak perlulah kau seksa aku dengan rasa tidak percaya lagi, dan lepaskan aku untuk terbang bebas dari tangungjawab yang aku cipta ini.  Aku sedih dan sayu jika kau berhenti di pertengahan jalan, teruskanlah seperti mana yang kau janjikan pada aku. Aku akan pegang janji aku pada kau . Sama-sama kita melunaskan janji.Seandainya aku tidak mampu mengotakan janji aku seperti yang kau pohon, atau seandainya aku menghadap Illahi dahulu, halalkan segalanya . Percayalah setiap tindak tanduk aku bersebab demi membantu kau . Semoga selepas ini, kau , aku  dan dia lebih tenang. Teruskan membawa haluan masing-masing tanpa menoleh kembali ke belakang.

# Lakukan terbaik
# Terbang Lebih Tinggi

Sabtu, 25 Januari 2014

Dia Kembali.



Kenapa mesti perasaan ini datang lagi ?
Mengapa begitu cepat pintu hati ini diketuk kembali ?
Adakah ini yang terakhir berjaya membuat aku bertaut kembali pada cinta?

" Ya Allah , Jika benar dia jodohku , maka permudahkan hubungan kami dengan tali pernikahan "

........................

Seandainya dia bukan yang terbaik untukku , dan aku bukan yang terbaik untuk dia  :

" Ya Allah, Sesungguhnya dia telah melalaikan aku daripada mengingati Mu. Maka kurniakan aku kekuatan untuk melupakannya.Sesungguhnya hanya Engkau hati dan cintaku berserah"

............................

Apa yang lebih penting dan terbaik adalah cinta yang utama kepada Illah yang mendamaikan jiwa, Cinta kepada rasul, Cinta kepada Al- Quran , Cinta kepada ibu bapa , Cinta kepada keluarga dan kemudian baru lah cinta kepada pemilik tautan hati ini.

 Hiasan

H. E . B . A . T ! ! !

Multitasking atau lakukan 2 atau 3 pekara dalam masa yang sama merupakan kemahiran insaniah yang aku cuba bentuk dalam diri ini. Sebagai contoh :Makan dan kentut pada waktu yang sama. Okeh dah melalut. Sedar atau tidak , aku sudah banyak membantu menyelesaikan kerja orang dan pada masa yang sama aku buat kerja aku ( sekali dengan kerja partner aku sapu ) . Bukan aku nak mengungkit, tapi aku sukar nak menolak permintaan orang dan perasaan aku yang mudah simpati dan kesian pada orang tinggi sangat So how to solve this problem? 


Naked pic lak!~ 
..............................................................................................................................................................
Disebabkan aku tolong setelkan masalah dan kerja orang lain, aku dilabelkan hebat. Common la wei!! kembang aku jap. hahhahhaahaha.... Bagi aku selagi aku ikhlas membantu , Inshaa Allah pasti ada ruang dan peluang di saat kita meniti kesukaran. 

# Hari itu kian hampir
# Menanti hari esok


Jumaat, 24 Januari 2014

Semak

Hari ini hidupku penuh semak dengan bebanan kerja. Everything must settel down by today.!! arghhhh stress.. Okeh kita relaks dulu, enjoyed baru pulun satu demi satu. Malam nanti baru send, due datekan esok.

...................................................................................

okeh jam pun dah tunjukkan tepat Jam     2 : 13 AM ( 24 JAN 2014 ) 
OMG! kerja aku belum setel ag ni. HUrmmmm... tu la enjoyed sesangat. rasakan penangan tangguh kerja. Tetiba WeChat ada mesej dan ia datang dari dia. Bukan kami dah janji , kalau belum hilang rasa tidak percaya jangan lah berhubung sehingga naik semester. TAPI kenapa kau muncul sekarang? Kau tahu aku tak boleh tengok kau dalam kesusahan. 

Paperwork yang terbengkalai


Okeh dah fokus kembali setelah kau bantu dia, mungkin saat dia susah baru kenal aku dah lupa dikala sedang gembira. Aku redha, yang penting aku ikhlas membantu.


# Terbang Lebih Tinggi

Khamis, 23 Januari 2014

Aku rindu dia!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari yang sejuk dan dingin ni buat feeling sedih-sedih datang.  Dari semalam aku teringatkan mak angkat aku,dah dekat 1 aku tak jumpa. Aku try contact tak dapat,mesej pon xreply. Sihat atau tak mak angkat aku ni. Di zaman sekolah dahulu , dia yang menjadi mak aku ketika di sekolah asrama. Gile best! Jeles orang lain. Lepas sekolah , die banyak bantu aku dari pelbagai sudut. Di saat aku tengah down, stress study dan macam - macam, die tetap ada untuk bantu aku. Cukup mulia insan yang bergelar guru ni. Hari ini aku terkenang dekat mak angkat, teringin aku nak gelar dia ummi. Alangkah baiknya kalau aku diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan ummi. Tapi kami berjauhan dan seakan melarikan diri . Aku saja tengok kat Mr GOoGle tadi, tetiba ada lak nama ummi. Wahhh ! sambung PhD dah ummi sekarang. Aku tak sangka kuat semangat ummi nak sambung. Aku yang 7 tahun ni nk dapatkan diploma ngan ijazah. Aku harapkan ummi  berjaya dapat gelaran Doktor Falsafah. In Shaa Allah kalau ada rezeki dan peluang, aku akan ikut jejak ummi.
Inilah nama mak angkat aku.

Rabu, 15 Januari 2014

sibuk dan menyibuk


Assalamualaikum semua.

Maaf aku sibuk sikit kebelakangan ni . Sibuk menguruskan masalah orang, meluruskan perasaan yang kusut, meredakan kerimasan diri dan melaksanakan tanggungjawab yang orang amanahkan. Sibuk dengan tugas hakiki sebagai pelajar, anak dan Hamba Allah. Kalau bab menyibuk tu, biasalah busybody pasal hal orang lain dan cuba menyibukkan diri untuk mengelakkan aku memikirkan pekara yang menyedihkan dalam hidup aku. Semoga kesibukkan aku ini dipermudahkan , aku perlu menyibukkan diri agar satu individu itu dapat tenang tanpa gangguan aku. Inshaa Allah. Okeh , guwa mahu cabut sambung buat kerja. Will be continued..

Jumaat, 10 Januari 2014

Muka surat baharu



Mr Google
Alhamdulillah, akhirnya aku dipertemukan dengan insan yang aku boleh percaya untuk membimbing orang yang aku sayang dan anggap seperti adik. Perpisahan tadi mengajar aku untuk tabah dan cekal meneruskan lembaran baharu kehidupan.Tidak sesekali untuk aku kesal atas keputusan aku. Mungkin ini yang terbaik yang boleh aku lakukan untuk insan yang aku sayang . Kepada pemilik hati insan yang aku sayang, jagai dan bajai dengan penuh kasih sayang. Janganlah dipersiakan kepercayaan dan kasih sayang yang dicurahkan.Biarkan ia terbang lebih tinggi mengapai awan yang diinginkan. Cukuplah sekadar aku memerhatikan dari jauh. Selama ini aku cukup kerap muncul di dalam hidup, mungkin rasa rimas mulai hadir.Mungkin inilah perbezaan atau muka surat baharu yang harus aku tempuhi dalam kehidupan.  Ku akui kelemahan ini, ku insafi kelemahan ini, ku kesali kejahilan ini, terimalah taubat ku ini. Ya Allah  terimalah taubat ku ini, ampunkan dosa aku.
#Terbang lebih tinggi

Khamis, 9 Januari 2014

Banjir

Aku meramalkan pada sepanjang tahun 2013 dan pernulaan tahun baru 2014 merupakan hari-hari yang penuh dengan kesedihan. Banyak pekara yang membuat aku merenung kembali ke dasar lubuk hati akan keputusan diri. Apabila diri mula sembuh dari luka yang mendalam. Aku kehilangan tempat berkongsi suka dan duka. Aku kembali berdiri setelah aku jatuh, setelah aku menjumpai satu tempat untuk berkongsi. Namun perkongsian itu hanya sementara. Demi mengejar cita-citanya aku dengan berat hati merelakan dia mengejar cita-cita dan minatnya. Hanya sokongan, dorongan dan doa yang mampu aku kirimkan. " Belajarlah untuk melepaskan apa yang kita sayang kerana itu adalah yang terbaik "kata-kata yang lahir dari seorang sahabat. Aku terlupa bahawa masih ada lagi tempat untuk aku berkongsi cerita . Aku yang masih lalai.  Aku cuba menerima keadaan yang ada, semoga hari esok yang amat mencabar bagi aku berjalan lancar. Perancangan hari esok amat padat, semoga dipermudahkan segala urusan.

Picture Mr Google

# Belajar hidup sendiri
# Terbang Lebih Tinggi

Rabu, 8 Januari 2014

Tunggul

Tunggul Mr Google




Tunggul yang kelihatan kaku pun dianggap berguna kerana merupakan sumber makanan bagi hidupan mikrobiologi. Namun, kehadiran aku di dalam hidup seorang insan yang dahulunya amat menghargai kini kian berubah. Dahulu aku kelihatan NYATA dan BERGUNA, kini aku hanyalah seperti sebuah tunggul yang mencacatkan pandangan mata. Sedarlah wahai insan, tunggul yang mencacatkan padangan mata ini mungkin akan kau cari di saat kau sukar dan duka. Aku hanya redha atas ketentuan yang perlu aku hadapi.

# Terbang Lebih Tinggi

Aku lupa

Mencari solusi masalah yang sedang melanda. Masalah , dugaan dan sewaktu dengannya menjadikan kita lebih dewasa. Parut masalah dan dugaan membuat kita lebih beringat dan berhati-hati. Mood yang memikirkan solusi bercampur baur, membuat hati tidak tenteram. Ia membuat aku terpandang ke muka sejadah. Aku sudah melupakan sesuatu? Mungkin aku sudah jauh dengan Mu. Kembali sedar setelah ditimpa masalah, dugaan dan musibah. Tenangkan hati, redha dengan keadaan yang bakal aku tempuh. Mohon petunjuk dari Illahi.

Sumber : Mr Google



Semoga keputusan yang aku lakukan adalah tepat agar tidak melukakan mana-mana pihak yang hampir dengan aku. Agar keputusan ini membahagiakan orang lain. Ia " mampu terbang lebih tinggi" .

Sudah Mai dahhhhhh!!!

Persinggahan semester 5 telah  ditinggalkan , Selamat tinggal semester 5. Banyak pengalaman yang ditimba dan digali bersama rakan-rakan . 
Kini aku bakal ucapkan Selamat Datang kepada Semester 6 !!!
Dah nak datang hoiiiii!!~~


Tinggal 2 semester berbaki to FINAL YEAR.
Bac. Science ( Human Developement and Management )

Jumaat, 5 November 2010

Besday Boy!!!....

Dari satu sel kita dijadikan Dari rahim seorang ibu kita sempurna
Pada tanggal 21 hb Oktober 1990, lahirnya seorang bayi lelaki yang cukup sifat dari rahim seorang ibu. Tidak perlu kita bertanyakan bagaimana bayi tersebut itu terjadi,cuma kita harus tahu bahawa sungguh unik kejadiaan Illah dan Allah Maha Pencipta. Bayi tersebut diberi nama, Tito Ikhwandi Siregar bin Ikhwan (tito senget). Tahun demi tahun beliau membesar sehingga umurnya genap menjadi 20 tahun pada 21hb yang lalu.
Oleh kerana beliau ada urusan yang perlu diuruskan di medan,sambutan terpaksa ditangguh pada hari selasa, 25 hb oktober 2010. Memandangkan pada hari berkenaan kami ada program dipantai,beliau tidak dapat melarikan diri lagi.
Rupanya ada seorang insan bernama Asri Fariq bin Abd Ghaffar lahir pada tanggal 27hb Oktober,bagi memudahkan cerita mereka berdua akan disambut serentak.
Saya sebagai Tok Dalang telah menyediakan 9 biji telur dan satu pek tepung gandum.
ArrrgghhhH!!!! (dah ar pnat nk berayat skema nie)
Selesai aktiviti pantai, aktiviti sambutan dimulakan oleh bonzer kami. Wahhh!!!
siap pakai bonzer tuew...
hahahahhahahaha...
Dipersilakan Saudari Amira Husna dan Saudara Azmi Senawi dan Senget company yang lain melontarkan telur yang ada pada sasaran !!!!...
SERANG!!!!...
Sasaran diserang bagai butiran bom di Hiroshima dan Nagasaki,Selepas diserang mereka membuat kek dibadan ..
Mane x nyew, bile bahan tersebut dicampur dan digaul samarata....
Tepung
+ Telur + Air Garam = dah bahan asas bakery & cekodok!!!..
hihihihihihihi...
apew2 pown korang memang seporting yaw...
peace..
P/s: saya masih mencari mangsa,yang terdekat ada
en saifuddin tajul ibnu kukilalart..
Tito Ikhwandi Siregar bin Ikhwan Asri Fariq bin Abd Ghaffar Tepung diuli sama rata dengan beberapa butir telur Inilah hasil kek buatan manusia dipantai

Rabu, 3 November 2010

jadual merana diriku ini...

*sumber din kukilart
Ini adalah Jadual merana bagi sem ini, Maaflah lambat saya upload.. saya habis paper hari rabu,dan saya x ambil muet.. Sekian Makluman Anda..

berehat seketika..

Demi memberi laluan kepada peperiksaan akhir semester 2010/2011 diploma sains pertanian,
Saya terpaksa berhenti seketika untuk berstudy.Sekarang bukannya masa untuk berjimba-jimba atau bersuka ria (riang ria raya haji).
Broadband saya akan dikuaritinkan didalam beg lappy dari 1hb November 2010 sehingga 10hb November 2010.
Sekian Makluman...
Kepada semua yang menduduki final,semoga berjaya!!!!..
CHAIYOK...

Sabtu, 16 Oktober 2010

hanya tinggal 4 minggu lagi...

Sedar atau tidak sudah hampir 3 tahun kita bersama,sungguh berat hati ini untuk berpisah dengan kamu semua. Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi bersama kalian, selepas ini kita akan didedahkan dengan alam pekerjaan, dan bergraduasi 2 kali.
Mari kita imbas kembali apa yang berlaku dalam masa yang hampir 3 tahun, perkenalan yang pertama .Mula-mula saya berkenalan dengan Tito Ikhwandi Siregar bin Ikhwan A.K.A Tito Senget melalui kelas.Kemudian saya mengenali Norfadila binti Abd Kamal @ Dila a.k.a miss m0m0 melalui tugasan kumpulan dan Dila memperkenalkan saya dengan Bibi,Timah,Yana,Kak Long,Angah dan ahli quartes 27 yang lain.Mulai sem 4 aku mulai berkenalan dengan Norain binti Norsham A.K.A Ain princess...Owgnya kuat gelak,kalau jumpe die gerenti aku, tito akan gelak tanpa henti membahan cik m0m0... Perkenalan kita semakin meluas,dari kumpulan amali sehingga kumpulan kuliah.
Persahabatan kita semakin akrab detik demi detik,Jam berganti Hari, Hari Bersilih Ganti dan Tahun bertukar tahun. Sehingga kini semester lima Diploma Sains Pertanian merupakan sebuah keluarga yang besar dan rapat.Kini jika dihitung minggu berganti minggu ,hanya tinggal 4 minggu sahaja kita bersama.
  • 1 bulan= 4 minggu
  • 4 minggu = 28 hari
  • 28 hari = 672 jam
  • 672 jam = 40,320 minit
  • 40,320 minit = 2, 419,200 detik

Cukup atau tidak kita menghayati dan menyelami hati seorang demi seorang seperti perkiraan diatas. Jadikanlah perkenalan kita hampir 3 tahun ini sebagai kenangan yang terindah unutk dipahat di dalam kotak ingatan.Dahulunya kita berpuak-puak tapi kini kita teguh ibarat sebuah keluarga yang besar. Jadi berusahalah sehingga detik yang terakhir untuk kita mengejar segulung diploma.Sekarang kita seramai 124 orang dan pastikan angka ini akan kekal sehingga hari bergraduasi.

Inilah Keluarga Diploma Sains Pertanian

Kita Pasti Akan Bergraduasi Bersama

SAYA TAK AKAN MELUPAI PERKENALAN KITA!!!

^__^

 

Template by Blogger Candy