Banyak yang telah aku lalui demi menempuhi hari mendatang. Banyak peluang dan ruang aku lepaskan demi memberikan peluang buat adik aku berjaya. Kerap kali aku ungkapkan pada dia, terbang lebih tinggi wahai adik. Sering kali aku terluka atas perlakuan yang telah aku buat demi melihat adik aku terbang lebih tinggi. Sehingga aku membuat keputusan yang besar di dalam hidup demi membantu dia kelak.
Alhamdulillah, hari ini aku duduk menangis kegembiraan bila adik publish gambar bersama atlet basikal dunia dan senarai teamate dia. Biarpun dia menganggap aku marah pada dia, ia sama sekali salah. Biarkan aku begini demi dia terbang lebih tinggi. Aku tidak mampu untuk terbang setinggi dia, aku tiada kemampuan seperti dia ada. Semoga adik terbang lebih tinggi ya, banggakan ummi, abah , keluarga dan cinta hati adik ya. Abang tidaklah perlu adik risau. Biarlah masa yang menentukan corak masa depan abang.
Dalam benak kepala abang bagaikan ada sesuatu batu besar yang menghalang, samaada wajar atau tidak untuk abang mencuba nasib di alam pekerjaan. Perkenalan abang dan adik di UPM ini banyak membuat aku sedar bahawa aku hanya insan kerdil yang tidak mampu berbuat apa. Teringat kata-kata pensyarah En Mehan : " Lepaskan sedih kamu, jangan dipendam. Kelak ia akan hilang " . Adik sudah mula terbang tinggi, bila pula si abang ingin melebarkan sayapnya?
Semoga segala urusan kita dipermudahkan. InshaaAllah.
Memaparkan catatan dengan label terbang lebih tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terbang lebih tinggi. Papar semua catatan
Selasa, 4 Mac 2014
Rabu, 26 Februari 2014
Jurang
"Kau pergi jua dari hidupku, Kini sendiri hari-hariku"
Bait-bait lirik lagu membuat aku adakalanya sayu . Ramai sahabat aku melihat diri ini kuat dan tabah. Hakikatnya ia begitu rapuh. Bila bersendirian fikiran mula dibelenggu dengan masalah yang ada menempuh diri. Bila dikata tangguh , aku beranggapan tidak berjumpa. Namun dia semakin kerap datang ke sini. TETAPI tidak sekali aku berjumpa dengan dia. Aku sudah mula nampak jurang yang mulai ada. Bagaimana aku mahu katakan pada dia, aku dan dia tidak ada lagi masa seperti dahulu. Aku mula dihimpit dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir, tugas hakiki sebagai anak, tangungjawab sebagai pemimpin.
Hari ini dia datang lagi. Namun tidak terdetik langsung untuk dia menjenguk aku. Hanya sekadar menghantar orang mengambil barang di dalam bilik aku. Jika itu yang dia mahukan, aku akan teruskan. Biarlah kita berbicara begini sahaja. Tidak banyak yang aku minta, laksanakan janji yang pernah aku sebagai abang minta kepada adik. Itu sahaja yang aku minta, selepas aku melangkah turun dari pentas dewan memegang sekeping BACELOR SAINS ( PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PENGURUSAN ) maka gugurlah segala janji yang aku ikat.
JUJUR aku katakan , memang selalu aku terasa hati dengan tindakan dia. Namun hari ini benar-benar aku terguris. Hina sangatkah perwatakan aku ini ? Teringat kata-kata pensyarah aku tadi. Walaupun dia bukan seorang Muslim . Namun , dia mengatakan tuhan tahu apa niat kita . Jadi laksanakan sebaik mungkin walaupun pekara itu bukanlah pekara yang kita suka. Mendalam maksud yang dijelaskan. Hingga aku malu dengan kata-kata pensyarah.
Labels:
kamus hidupku,
kisah hidup,
terbang lebih tinggi
Ahad, 16 Februari 2014
Tali
"Lembu berpegang pada tali, Manusia berpegang pada janji."
Aku paling tidak suka apabila orang tidak menunaikan janji dan aku juga pegang pada janji yang aku buat. Jadi tolong faham apa yang aku maksudkan. Aku laksanakan benda itu atas dasar tanggungjawab, fikiran rasional, dan janji yang aku buat.
Sekiranya aku sudah laksanakan janji tersebut janganlah kau tanya mengapa. Kalau apa yang aku buat, kau persoalkan, lebih baik aku undur diri. Kelmarin kita bergaduh mengenai apa yang telah aku buat. Baiklah, baik segera aku angkat kaki dari hidup kau dan dia. Teruskan penghidupan, teruskan perjalanan kau mencari apa yang berharga. Ingat! kau dan aku tiada lagi apa-apa lagi janji yang terikat. Cuma tanggungjawab aku sebagai abang harus aku laksanakan. TERIMA KASIH atas ketidakpercayaan kau kepada aku. Aku akan lupakan apa yang terjadi kerana semalam pra-perpisahan yang banyak membuat aku terfikir.
| Ingat dulu janji kita apa. |
# Terbang Lebih Tinggi
Labels:
perasaan~,
terbang lebih tinggi
Isnin, 27 Januari 2014
J A N G A N . . . .
![]() |
| Sumber : Seperti di atas |
Jangan kau mengalir wahai si air mata, jangan kau bercucuran di pipi. Jangan kau sebakkan hati ini, Sungguh pun aku sedang berduka, aku cuba tabahkan hati ini. Walaupun aku cuba untuk bertahan, apakan daya kau tetap mengalir. Butir-butir kaca berderai ke pipi , setiap titisan mengalir kedukaan, kebimbingan dan kekusutan.
Demi Si dia, kau tetap mengalir wahai air mata. Mengapa ? Terkenangkan apa ?Hanya hati yang duka yang mengetahui. Aku cuba mungkiri pada janji, tapi kenapa Si dia cuba ingatkan kembali. Hati bagaikan berdosa, mengkhianati Si dia yang terlalu baik. Si dia dan dia kuasa dua amat membuat aku bersalah. Maaf atas keputusan yang telah aku lakukkan. Mungkin keputusan lalu hanya berdasarkan jawapan nafsu bukan berlandaskan hati dan minda . Maaf kepada insan yang terluka akan keputusan itu. Biarlah aku dengan penuh ta'kzimnya menarik kembali apa yang telah aku ungkapkan.
#Terbang Lebih Tinggi
# Akhir Graduasi
Labels:
kisah hidup,
perasaan~,
terbang lebih tinggi
Ahad, 26 Januari 2014
M e n d u n g. . . .
Hari ini seperti biasa aku duduk termanggu menanti tika dan waktunya untuk melunaskan telah aku ungkapkan dahulu. Masa seakan berlari meninggalkan aku, dia dan kamu. Meskipun aku kelihatan gembira, hakikatnya hati aku bagaikan dihiris dan digilis. Tak perlulah kau seksa aku dengan rasa tidak percaya lagi, dan lepaskan aku untuk terbang bebas dari tangungjawab yang aku cipta ini. Aku sedih dan sayu jika kau berhenti di pertengahan jalan, teruskanlah seperti mana yang kau janjikan pada aku. Aku akan pegang janji aku pada kau . Sama-sama kita melunaskan janji.Seandainya aku tidak mampu mengotakan janji aku seperti yang kau pohon, atau seandainya aku menghadap Illahi dahulu, halalkan segalanya . Percayalah setiap tindak tanduk aku bersebab demi membantu kau . Semoga selepas ini, kau , aku dan dia lebih tenang. Teruskan membawa haluan masing-masing tanpa menoleh kembali ke belakang.
# Lakukan terbaik
# Terbang Lebih Tinggi
Labels:
kisah hidup,
terbang lebih tinggi
Kepercayaan
Jika kepercayaan itu telah kau rosakkan , jangan sesekali kau fikir untuk dapatkan kembali kepercayaan yang telah aku berikan dahulu. Mungkin kesilapan ini berpunca dari aku yang mempercayai orang seratus peratus.
Esok adalah penentu segalanya dalam membawa haluan masing-masing . In Shaa Allah aku akan cuba mengelakkan diri dari masuk campur dalam urusan hidupan mereka, kau dan dia. Semuanya terpulang pada hati mu yang menilai segalanya.
# Terbang Lebih TInggi
Labels:
perasaan~,
terbang lebih tinggi
Jumaat, 24 Januari 2014
Semak
Hari ini hidupku penuh semak dengan bebanan kerja. Everything must settel down by today.!! arghhhh stress.. Okeh kita relaks dulu, enjoyed baru pulun satu demi satu. Malam nanti baru send, due datekan esok.
...................................................................................
okeh jam pun dah tunjukkan tepat Jam 2 : 13 AM ( 24 JAN 2014 )
OMG! kerja aku belum setel ag ni. HUrmmmm... tu la enjoyed sesangat. rasakan penangan tangguh kerja. Tetiba WeChat ada mesej dan ia datang dari dia. Bukan kami dah janji , kalau belum hilang rasa tidak percaya jangan lah berhubung sehingga naik semester. TAPI kenapa kau muncul sekarang? Kau tahu aku tak boleh tengok kau dalam kesusahan.
![]() |
| Paperwork yang terbengkalai |
Okeh dah fokus kembali setelah kau bantu dia, mungkin saat dia susah baru kenal aku dah lupa dikala sedang gembira. Aku redha, yang penting aku ikhlas membantu.
# Terbang Lebih Tinggi
Jumaat, 10 Januari 2014
Muka surat baharu
![]() |
| Mr Google |
Alhamdulillah, akhirnya aku dipertemukan dengan insan yang aku boleh percaya untuk membimbing orang yang aku sayang dan anggap seperti adik. Perpisahan tadi mengajar aku untuk tabah dan cekal meneruskan lembaran baharu kehidupan.Tidak sesekali untuk aku kesal atas keputusan aku. Mungkin ini yang terbaik yang boleh aku lakukan untuk insan yang aku sayang . Kepada pemilik hati insan yang aku sayang, jagai dan bajai dengan penuh kasih sayang. Janganlah dipersiakan kepercayaan dan kasih sayang yang dicurahkan.Biarkan ia terbang lebih tinggi mengapai awan yang diinginkan. Cukuplah sekadar aku memerhatikan dari jauh. Selama ini aku cukup kerap muncul di dalam hidup, mungkin rasa rimas mulai hadir.Mungkin inilah perbezaan atau muka surat baharu yang harus aku tempuhi dalam kehidupan. Ku akui kelemahan ini, ku insafi kelemahan ini, ku kesali kejahilan ini, terimalah taubat ku ini. Ya Allah terimalah taubat ku ini, ampunkan dosa aku.
#Terbang lebih tinggi
Labels:
cerita pahit...,
kisah hidup,
terbang lebih tinggi
Khamis, 9 Januari 2014
Banjir
Aku meramalkan pada sepanjang tahun 2013 dan pernulaan tahun baru 2014 merupakan hari-hari yang penuh dengan kesedihan. Banyak pekara yang membuat aku merenung kembali ke dasar lubuk hati akan keputusan diri. Apabila diri mula sembuh dari luka yang mendalam. Aku kehilangan tempat berkongsi suka dan duka. Aku kembali berdiri setelah aku jatuh, setelah aku menjumpai satu tempat untuk berkongsi. Namun perkongsian itu hanya sementara. Demi mengejar cita-citanya aku dengan berat hati merelakan dia mengejar cita-cita dan minatnya. Hanya sokongan, dorongan dan doa yang mampu aku kirimkan. " Belajarlah untuk melepaskan apa yang kita sayang kerana itu adalah yang terbaik "kata-kata yang lahir dari seorang sahabat. Aku terlupa bahawa masih ada lagi tempat untuk aku berkongsi cerita . Aku yang masih lalai. Aku cuba menerima keadaan yang ada, semoga hari esok yang amat mencabar bagi aku berjalan lancar. Perancangan hari esok amat padat, semoga dipermudahkan segala urusan.| Picture Mr Google |
# Belajar hidup sendiri
# Terbang Lebih Tinggi
Labels:
cerita pahit...,
kisah hidup,
terbang lebih tinggi
Rabu, 8 Januari 2014
Tunggul
Tunggul Mr Google |
Tunggul yang kelihatan kaku pun dianggap berguna kerana merupakan sumber makanan bagi hidupan mikrobiologi. Namun, kehadiran aku di dalam hidup seorang insan yang dahulunya amat menghargai kini kian berubah. Dahulu aku kelihatan NYATA dan BERGUNA, kini aku hanyalah seperti sebuah tunggul yang mencacatkan pandangan mata. Sedarlah wahai insan, tunggul yang mencacatkan padangan mata ini mungkin akan kau cari di saat kau sukar dan duka. Aku hanya redha atas ketentuan yang perlu aku hadapi.
Labels:
kisah hidup,
perasaan~,
terbang lebih tinggi
Aku lupa
Mencari solusi masalah yang sedang melanda. Masalah , dugaan dan sewaktu dengannya menjadikan kita lebih dewasa. Parut masalah dan dugaan membuat kita lebih beringat dan berhati-hati. Mood yang memikirkan solusi bercampur baur, membuat hati tidak tenteram. Ia membuat aku terpandang ke muka sejadah. Aku sudah melupakan sesuatu? Mungkin aku sudah jauh dengan Mu. Kembali sedar setelah ditimpa masalah, dugaan dan musibah. Tenangkan hati, redha dengan keadaan yang bakal aku tempuh. Mohon petunjuk dari Illahi.
![]() |
| Sumber : Mr Google |
Semoga keputusan yang aku lakukan adalah tepat agar tidak melukakan mana-mana pihak yang hampir dengan aku. Agar keputusan ini membahagiakan orang lain. Ia " mampu terbang lebih tinggi" .
Labels:
kamus hidupku,
kisah hidup,
terbang lebih tinggi
Langgan:
Catatan (Atom)



