L
LO
LOA
LOAD
LOADI
LOADIN
LOADING
LOADING.....
Semester 8 kini dalam pembikinan.
Memaparkan catatan dengan label perasaan~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perasaan~. Papar semua catatan
Sabtu, 28 Februari 2015
Rabu, 19 Februari 2014
Melayang
Permulaan semester baharu bukan seperti yang aku fikirkan . Dahulu setiap kali awal semester aku rasa bahagia, tapi kali ini tidak sama sekali. Fikiran melayang setiap kali duduk berseorangan. Memikirkan apa yang menimpa diri. Permulaan dimulakan dengan tangisan air mata. Musibah, dugaan dan masalah datang menimpa berderet. Masalah keluarga yang sedia ada, ditambah dengan hinaan orang dan yang terbaru adalah hilang orang rapat disekeliling aku.
Selama ini aku ingat , aku seorang yang tabah. Namun air mata tetap mengalir jua tanpa henti, empangan mata bagai tiada tanda kekeringan. Dahulu sebelum tidur, ada seseorang yang mendengar masalah aku, mengembirakan aku di waktu aku sedih, membuat aku marah dengan nakal dia. Kini tiada lagi . Aku amat memerlukan itu sekarang. Aku memerlukan adik aku sangat, tapi aku harus lepaskan dia walaupun tidak rela.
Bersabar ya duhai hati. Jika tidak tahan dengan masalah yang ada, menangis lah, mengalirkanlah air mata itu. InshaaAllah akan reda jua akhirnya. Aku mohon maaf sekiranya sepanjang penulisan aku ada yang menguris hati mana-mana pihak.
Labels:
cerita pahit...,
perasaan~
Ahad, 16 Februari 2014
Tali
"Lembu berpegang pada tali, Manusia berpegang pada janji."
Aku paling tidak suka apabila orang tidak menunaikan janji dan aku juga pegang pada janji yang aku buat. Jadi tolong faham apa yang aku maksudkan. Aku laksanakan benda itu atas dasar tanggungjawab, fikiran rasional, dan janji yang aku buat.
Sekiranya aku sudah laksanakan janji tersebut janganlah kau tanya mengapa. Kalau apa yang aku buat, kau persoalkan, lebih baik aku undur diri. Kelmarin kita bergaduh mengenai apa yang telah aku buat. Baiklah, baik segera aku angkat kaki dari hidup kau dan dia. Teruskan penghidupan, teruskan perjalanan kau mencari apa yang berharga. Ingat! kau dan aku tiada lagi apa-apa lagi janji yang terikat. Cuma tanggungjawab aku sebagai abang harus aku laksanakan. TERIMA KASIH atas ketidakpercayaan kau kepada aku. Aku akan lupakan apa yang terjadi kerana semalam pra-perpisahan yang banyak membuat aku terfikir.
| Ingat dulu janji kita apa. |
# Terbang Lebih Tinggi
Labels:
perasaan~,
terbang lebih tinggi
Isnin, 27 Januari 2014
J A N G A N . . . .
![]() |
| Sumber : Seperti di atas |
Jangan kau mengalir wahai si air mata, jangan kau bercucuran di pipi. Jangan kau sebakkan hati ini, Sungguh pun aku sedang berduka, aku cuba tabahkan hati ini. Walaupun aku cuba untuk bertahan, apakan daya kau tetap mengalir. Butir-butir kaca berderai ke pipi , setiap titisan mengalir kedukaan, kebimbingan dan kekusutan.
Demi Si dia, kau tetap mengalir wahai air mata. Mengapa ? Terkenangkan apa ?Hanya hati yang duka yang mengetahui. Aku cuba mungkiri pada janji, tapi kenapa Si dia cuba ingatkan kembali. Hati bagaikan berdosa, mengkhianati Si dia yang terlalu baik. Si dia dan dia kuasa dua amat membuat aku bersalah. Maaf atas keputusan yang telah aku lakukkan. Mungkin keputusan lalu hanya berdasarkan jawapan nafsu bukan berlandaskan hati dan minda . Maaf kepada insan yang terluka akan keputusan itu. Biarlah aku dengan penuh ta'kzimnya menarik kembali apa yang telah aku ungkapkan.
#Terbang Lebih Tinggi
# Akhir Graduasi
Labels:
kisah hidup,
perasaan~,
terbang lebih tinggi
Ahad, 26 Januari 2014
Kepercayaan
Jika kepercayaan itu telah kau rosakkan , jangan sesekali kau fikir untuk dapatkan kembali kepercayaan yang telah aku berikan dahulu. Mungkin kesilapan ini berpunca dari aku yang mempercayai orang seratus peratus.
Esok adalah penentu segalanya dalam membawa haluan masing-masing . In Shaa Allah aku akan cuba mengelakkan diri dari masuk campur dalam urusan hidupan mereka, kau dan dia. Semuanya terpulang pada hati mu yang menilai segalanya.
# Terbang Lebih TInggi
Labels:
perasaan~,
terbang lebih tinggi
Khamis, 23 Januari 2014
Aku rindu dia!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Hari yang sejuk dan dingin ni buat feeling sedih-sedih datang. Dari semalam aku teringatkan mak angkat aku,dah dekat 1 aku tak jumpa. Aku try contact tak dapat,mesej pon xreply. Sihat atau tak mak angkat aku ni. Di zaman sekolah dahulu , dia yang menjadi mak aku ketika di sekolah asrama. Gile best! Jeles orang lain. Lepas sekolah , die banyak bantu aku dari pelbagai sudut. Di saat aku tengah down, stress study dan macam - macam, die tetap ada untuk bantu aku. Cukup mulia insan yang bergelar guru ni. Hari ini aku terkenang dekat mak angkat, teringin aku nak gelar dia ummi. Alangkah baiknya kalau aku diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan ummi. Tapi kami berjauhan dan seakan melarikan diri . Aku saja tengok kat Mr GOoGle tadi, tetiba ada lak nama ummi. Wahhh ! sambung PhD dah ummi sekarang. Aku tak sangka kuat semangat ummi nak sambung. Aku yang 7 tahun ni nk dapatkan diploma ngan ijazah. Aku harapkan ummi berjaya dapat gelaran Doktor Falsafah. In Shaa Allah kalau ada rezeki dan peluang, aku akan ikut jejak ummi.
![]() |
| Inilah nama mak angkat aku. |
Labels:
kisah hidup,
perasaan~
Rabu, 8 Januari 2014
Tunggul
Tunggul Mr Google |
Tunggul yang kelihatan kaku pun dianggap berguna kerana merupakan sumber makanan bagi hidupan mikrobiologi. Namun, kehadiran aku di dalam hidup seorang insan yang dahulunya amat menghargai kini kian berubah. Dahulu aku kelihatan NYATA dan BERGUNA, kini aku hanyalah seperti sebuah tunggul yang mencacatkan pandangan mata. Sedarlah wahai insan, tunggul yang mencacatkan padangan mata ini mungkin akan kau cari di saat kau sukar dan duka. Aku hanya redha atas ketentuan yang perlu aku hadapi.
Labels:
kisah hidup,
perasaan~,
terbang lebih tinggi
Ahad, 27 Mac 2011
Tunangan Orang
Awak,
Saya minta maaf sangat2 kat awak..
Bukannya saya bermaksud untuk meyakitkan hati dan perasaan awak,
Saya cuma hendak beritahu awak,
Saya nie sudah menjadi milik orang, saya baru jew bertunang,saya harap awak faham situasi saya....
Janganlah awak menaruh hati dan perasaan terhadap saya lagi
p/s= saya nk jew cakap dialog kat atas bila ada awek kacau saya dan tunang saya~
mood = gedik~!
hahahahahaha...
Labels:
perasaan~
Isnin, 21 Mac 2011
terima kasih sebab awak berjaya!!!
Saya Iskandar anak pak cik mail, hendak ucap setinggi-tinggi penghargaan dan taniah kepada awak kerana berjaya membuat saya menangis lagi.Mungkin pekara yang kau anggap remeh nie x penting, tapi bagi aku ia amat bermakna. Demi persahabatan kita, aku akan tetap mengalah..
Terima Kasih taw sebab buat saya macam ni...
Labels:
perasaan~
Langgan:
Catatan (Atom)


