Memaparkan catatan dengan label kamus hidupku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kamus hidupku. Papar semua catatan

Selasa, 4 Mac 2014

Air mata gembira

Banyak yang telah aku lalui demi menempuhi hari mendatang. Banyak peluang dan ruang aku lepaskan demi memberikan peluang buat adik aku berjaya. Kerap kali aku ungkapkan pada dia, terbang lebih tinggi wahai adik. Sering kali aku terluka atas perlakuan yang telah aku buat demi melihat adik aku terbang lebih tinggi. Sehingga aku membuat keputusan yang besar di dalam hidup demi membantu dia kelak.

Alhamdulillah, hari ini aku duduk menangis kegembiraan bila adik publish gambar bersama atlet basikal dunia dan senarai teamate dia. Biarpun dia menganggap aku marah pada dia, ia sama sekali salah. Biarkan aku begini demi dia terbang lebih tinggi. Aku tidak mampu untuk terbang setinggi dia, aku tiada kemampuan seperti dia ada. Semoga adik terbang lebih tinggi ya, banggakan ummi, abah , keluarga dan cinta hati adik ya. Abang tidaklah perlu adik risau. Biarlah masa yang menentukan corak masa depan abang. 

Dalam benak kepala abang bagaikan ada sesuatu batu besar yang menghalang, samaada wajar atau tidak untuk abang mencuba nasib di alam pekerjaan. Perkenalan abang dan adik di UPM ini banyak membuat aku sedar bahawa aku hanya insan kerdil yang tidak mampu berbuat apa. Teringat kata-kata pensyarah En Mehan : " Lepaskan sedih kamu, jangan dipendam. Kelak ia akan hilang " .  Adik sudah mula terbang tinggi, bila pula si abang ingin melebarkan sayapnya?

Semoga segala urusan kita dipermudahkan. InshaaAllah.

Rabu, 26 Februari 2014

Jurang

"Kau pergi jua dari hidupku, Kini sendiri hari-hariku"

Bait-bait lirik lagu membuat aku adakalanya sayu . Ramai sahabat aku melihat diri ini kuat dan tabah. Hakikatnya ia begitu rapuh. Bila bersendirian fikiran mula dibelenggu dengan masalah yang ada menempuh diri.  Bila dikata tangguh , aku beranggapan tidak berjumpa. Namun dia semakin kerap datang ke sini. TETAPI tidak sekali aku berjumpa dengan dia. Aku sudah mula nampak jurang yang mulai ada. Bagaimana aku mahu katakan pada dia, aku dan dia tidak ada lagi masa seperti dahulu. Aku mula dihimpit dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir, tugas hakiki sebagai anak, tangungjawab sebagai pemimpin. 

Hari ini dia datang lagi. Namun tidak terdetik langsung untuk dia menjenguk aku. Hanya sekadar menghantar orang mengambil barang di dalam bilik aku. Jika itu yang dia mahukan, aku akan teruskan. Biarlah kita berbicara begini sahaja. Tidak banyak yang aku minta, laksanakan janji yang pernah aku sebagai abang minta kepada adik. Itu sahaja yang aku minta, selepas aku melangkah turun dari pentas dewan memegang sekeping BACELOR SAINS ( PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PENGURUSAN ) maka gugurlah segala janji yang aku ikat. 

JUJUR aku  katakan  , memang selalu aku terasa hati dengan tindakan dia. Namun hari ini benar-benar aku terguris. Hina sangatkah perwatakan aku ini ? Teringat kata-kata pensyarah aku tadi. Walaupun dia bukan seorang Muslim . Namun , dia mengatakan tuhan tahu apa niat kita . Jadi laksanakan sebaik mungkin walaupun pekara itu bukanlah pekara yang kita suka. Mendalam maksud yang dijelaskan. Hingga aku malu dengan kata-kata pensyarah.


Sabtu, 25 Januari 2014

Dia Kembali.



Kenapa mesti perasaan ini datang lagi ?
Mengapa begitu cepat pintu hati ini diketuk kembali ?
Adakah ini yang terakhir berjaya membuat aku bertaut kembali pada cinta?

" Ya Allah , Jika benar dia jodohku , maka permudahkan hubungan kami dengan tali pernikahan "

........................

Seandainya dia bukan yang terbaik untukku , dan aku bukan yang terbaik untuk dia  :

" Ya Allah, Sesungguhnya dia telah melalaikan aku daripada mengingati Mu. Maka kurniakan aku kekuatan untuk melupakannya.Sesungguhnya hanya Engkau hati dan cintaku berserah"

............................

Apa yang lebih penting dan terbaik adalah cinta yang utama kepada Illah yang mendamaikan jiwa, Cinta kepada rasul, Cinta kepada Al- Quran , Cinta kepada ibu bapa , Cinta kepada keluarga dan kemudian baru lah cinta kepada pemilik tautan hati ini.

 Hiasan

Ahad, 12 Januari 2014

Kenangan semalam



Mr Google

Setelah sekian lama tidak berada di sini,baharu aku kembali menulis rintitan hati. Adakalanya terasa sangat janggal. Tidak mahu mengulit dan singkap kembali kenangan silam kerana di hati ini masih ada sayang.Tahniah untuk si dia yang pernah menjadi kesayangan saya dulu..Semoga masjid yang ingin dibina kekal hingga ke syurga.Ingat sayangi dia seperti kamu menyayangi insan yang tersayang yang hadir di dalam hidup mu.

Cuma satu yang aku ingin sampaikan di sini, andai jodoh itu penghalangnya.Biarlah jambatan persahabatan itu yang menjadi penghubungnya, andai suatu
masa nanti kita ketemu, moga tiada dendam mahupun curiga kerana jodoh itu rahsia Allah di sana dan Dia sudah pastinya tahu percaturan terhebat untuk hambaNya.Kita tidak seharusnya meragui atas percaturan itu.

Salam sayang...

Moga bahagia sampai syurga...;)

Rabu, 8 Januari 2014

Aku lupa

Mencari solusi masalah yang sedang melanda. Masalah , dugaan dan sewaktu dengannya menjadikan kita lebih dewasa. Parut masalah dan dugaan membuat kita lebih beringat dan berhati-hati. Mood yang memikirkan solusi bercampur baur, membuat hati tidak tenteram. Ia membuat aku terpandang ke muka sejadah. Aku sudah melupakan sesuatu? Mungkin aku sudah jauh dengan Mu. Kembali sedar setelah ditimpa masalah, dugaan dan musibah. Tenangkan hati, redha dengan keadaan yang bakal aku tempuh. Mohon petunjuk dari Illahi.

Sumber : Mr Google



Semoga keputusan yang aku lakukan adalah tepat agar tidak melukakan mana-mana pihak yang hampir dengan aku. Agar keputusan ini membahagiakan orang lain. Ia " mampu terbang lebih tinggi" .

Sudah Mai dahhhhhh!!!

Persinggahan semester 5 telah  ditinggalkan , Selamat tinggal semester 5. Banyak pengalaman yang ditimba dan digali bersama rakan-rakan . 
Kini aku bakal ucapkan Selamat Datang kepada Semester 6 !!!
Dah nak datang hoiiiii!!~~


Tinggal 2 semester berbaki to FINAL YEAR.
Bac. Science ( Human Developement and Management )

Jumaat, 22 Oktober 2010

Buntat!!!

Ape itu buntat??
Bukan saya hendak mencarut atau ape,memang rase menyampah bile orang panggil kita buntat.Tapi setelah mengetahui apa maksud buntat yang sebenarnya,ia membuat kita semakin erat dan sayang sesama kita.Percaya atau tidak? selamilah perkataan ini.
Kalau korang hendak tahu ape itu buntat, Buntat adalah sayang @ darling la cam tue. Bile kita menghargai @ menyayangi seseorang kita akan sanggup melakukan apa sahaja untuk orang tersebut. Member saya (Mohd Farizul Fikhri bin Ab Wahab @ Angah) yang berasal dari Kampung Som, Jerantut Pahang bagi tahu. Saya sendiri pon tak tahu mana datangnya asal usul perkataan ini. Pada mulanya, memang saya rase hendak tergelakkan bile buntat yang bunyinya seakan lucah itu bermaksud sayang. Kini buntat telah ditambah dalam kamus hidup saya. Terima Kasih kepada angah kerana memberikan saya perkataan yang cukup bermakna ...
SAYA BUNTAT KAMU SEMUA!!!
 

Template by Blogger Candy