Ahad, 16 Februari 2014

Tali

"Lembu berpegang pada tali, Manusia berpegang pada janji."

Aku paling tidak suka apabila orang tidak menunaikan janji dan aku juga pegang pada janji yang aku buat. Jadi tolong faham apa yang aku maksudkan. Aku laksanakan benda itu atas dasar tanggungjawab, fikiran rasional, dan janji yang aku buat. 

Sekiranya aku sudah laksanakan janji tersebut janganlah kau tanya mengapa. Kalau apa yang aku buat, kau persoalkan, lebih baik aku undur diri. Kelmarin kita bergaduh mengenai apa yang telah aku buat. Baiklah, baik segera aku angkat kaki dari hidup kau dan dia. Teruskan penghidupan, teruskan perjalanan kau mencari apa yang berharga. Ingat! kau dan aku tiada lagi apa-apa lagi janji yang terikat. Cuma tanggungjawab aku sebagai abang harus aku laksanakan. TERIMA KASIH atas ketidakpercayaan kau kepada aku. Aku akan lupakan apa yang terjadi kerana semalam pra-perpisahan yang banyak membuat aku terfikir.

Ingat dulu janji kita apa.

# Terbang Lebih Tinggi

0 comments:

 

Template by Blogger Candy