Rabu, 19 Februari 2014

Melayang

Permulaan semester baharu bukan seperti yang aku fikirkan . Dahulu setiap kali awal semester aku rasa bahagia, tapi kali ini tidak sama sekali. Fikiran melayang setiap kali duduk berseorangan. Memikirkan apa yang menimpa diri. Permulaan dimulakan dengan tangisan air mata. Musibah, dugaan dan masalah datang menimpa berderet. Masalah keluarga yang sedia ada, ditambah dengan hinaan orang dan yang terbaru adalah hilang orang rapat disekeliling aku. 

Selama ini aku ingat , aku seorang yang tabah. Namun air mata tetap mengalir jua tanpa henti, empangan mata bagai tiada tanda kekeringan.  Dahulu sebelum tidur, ada seseorang yang mendengar masalah aku, mengembirakan aku di waktu aku sedih, membuat aku marah dengan nakal dia. Kini tiada lagi . Aku amat memerlukan itu sekarang. Aku memerlukan adik aku sangat, tapi aku harus lepaskan dia walaupun tidak rela. 

Bersabar ya duhai hati. Jika tidak tahan dengan masalah yang ada, menangis lah, mengalirkanlah air mata  itu. InshaaAllah akan reda jua akhirnya. Aku mohon maaf sekiranya sepanjang penulisan aku ada yang menguris hati mana-mana pihak. 

0 comments:

 

Template by Blogger Candy