Kali ini saya bawakan edisi khas tuaian hasil pertanian kumpulan saya.
Pada 23 Ogos 2010 yang lalu...
Kumpulan saya yang terdiri daripada saya sendiri ,Fikhri, Azzwan, Tito telah menuai tanaman kangkung yang telah ditanam di 4 buah batas. Namun hanya 3 buah batas yang hasil tuaianya boleh dituai. Hasil tuaian yang kami perolehi sebanyak 16kg, boleh dianggarkan purata 5.3 kg per batas (percaya atau tidak, anda menilaikanya).
Kami menjual kangkung secekak= 500g seringgit.Kalau harga borong sayur kangkung dipasaran, lebih kurang RM 1.20 per kilo. Betapa untungnya kami. Aktiviti jualan kami dibuat melalui 2 cara iaitu tempahan dan jualan langsung. Saya dan Fikhri mengambil tempahan dari pensyarah dan staf kolej.Kami mendapat RM3.50. Melalui penjualan langsung (dari pintu rumah ke pintu rumah) tito dan azzwan memulakan jualan di Sekolah Kebangsaan Ayer Pa'abas dan sekitar kampung Ayer Pa'abas. Sebanyak 16 cekak sayur kangkung kami dapat jual melalui jualan langsung.
Sebenarnya kami dikehendaki menjalankan proses penanaman kali kedua,selepas raya. Baru hendak menikmati raya yang penuhi kebahagian,kini terpaksa berpanas berbau tahi ayam dan tangan kasar dengan tanah. Tapi semua ini berbaloi apabila kami dapat melepasi target atau sasaran pensyarah kami Cik Noor Hidayati binti Sukarman.
![]()
Antara batas yang boleh dituai hasilnya
Hasil tuaian segar
![]()
Hasil tuaian siap dicuci
Inilah pensyarah kami Cik Noor Hidayati binti Sukarman
Nantikan hasil tuaian kami kedua...
Rabu, 25 Ogos 2010
Hasil Pertanian
Assalamualaikum...
Labels:
kisah ladang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan