Rabu, 18 Ogos 2010

Dugaan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Bulan Ramadhan ini penuh dengan dugaan.Setiap insan yang bergelar manusia tidak dapat lari dari dugaan. Memang dugaan bulan mulia ini penuh pengertian.Bakal-bakal graduan Diploma Pertanian merasai apa yang telah dilalui oleh setiap pekerja ladang sawit atau setiap ladang pertanian.

Pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi mahasiswa Diploma Pertanian telah merasai keperitan dan kesusahan menjalankan kerja ladang sawit.Boleh anda bayangkan?

Tanpa mengunakan sarung tangan, tidak kira jantina pelajar dikehendaki menyusun pelepah sawit yang tajam mengikut lorong . Satu kumpulan yang di anggotai oleh 10 orang dikehendaki mengumpulkan pelepah sawit yang telah di prunning disebelah lorong tuaian mengikut kaedah tiga segi.

Kata Pegawai Unit Ladang Kolej, Sebelum mengarah seseorang itu,kita hendaklah merasai keperitan menjalankan tugas tersebut.Begitulah lebih kurang yang disampaikan walapun ada beliau lebih banyak menyakitkan hati.Ini semua harus ditempuhi oleh setiap General Manager or G.M bagi memantau aktiviti ladang.

Dengan keadaan panas dan tidak selesa (nyamuk terlalu banyak) pelajar menjalankan tugasan walaupun didalam hati lebih banyak menyumpah2 orang tersebut diatas kerana beliau hampir menganggap kami buruh dan beliau sebagai mandore.Terasa bengkak dihati dan hendak menanggis.Waktu inilah boleh terbayangkan sejag air sirap sejuk.Memang boleh minum tanpa henti wei!!!!!

Inilah barisan penolong pegawai pertanian keluaran RISDA

Inilah bukti kerjasama itu penting,
Hulurkan tangan ringankan beban
penat wey nk menarik pelepah sawit nieh...

0 comments:

 

Template by Blogger Candy