Sabtu, 19 Disember 2015

SABAR

SABAR itu sebahagian daripada iman.


Apabila sesuatu yang engkau inginkan tidak dapat diperoleh, bersabarlah kamu .Mungkin ia bukan yang terbaik buat kamu sepertimana yang dijanjikan Allah SWT. 

Manusia seringkali mempersoalkan rezeki, jodoh dan sesuatu yang dimiliki. 

"Mungkin pernah kau melihat rakan-rakan mendapat pekerjaan yang baik, jodoh yang sempurna" 
Itu hanya daripada pandangan mata kasar kau. Pernah terdetik di hati kau, apa yang Allah turunkan ujian ke atasnya atas nikmat yang diberikan sebegitu rupa. Setiap percaturan Hamba Allah di muka bumi ini berbeza, jangan sesekali kau mempertikaikan nasib seseorang. BERSABARLAH kerana suatu hari nanti , pasti akan tiba juga masa hadirnya sesuatu yang membahagiakan sepertimana yang dijanjikan Allah SWT.

Bumi ini milik ILLAHI, lihatlah sedalam yang mungkin, renunglah dengan mata hati agar engkau faham akan percaturan kehidupan. 

SABAR...

0 comments:

 

Template by Blogger Candy