Selasa, 3 Januari 2012

Kembali Bersawang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Agak lama Is menyepi dalam dunia blogging nie. Macam-macam fasa dalam kehidupan yang Is tempoh baru-baru ini yang memerlukan Is bermuhasabah diri, berdoa dan bertawakal. Is berharap jalan yang dipilih di persimpangan hidup ini munasabah dan tepat. Antara dilema yang membelenggu Is adalah :
  1. Kerjaya
  • Memang rezeki Is, lepas menamatkan pengajian diploma Is terus dapat kerja . Walaupun berlainan bidang dengan pengajian, Is seronok dan puas hati dengan kerja yang Is dapat. Banyak pengalaman yang Is terima, berhadapan dengan orang awam yang berbagai karenah. Pengawai atasan yang berbagai kaedah kerja, Semua ini mendewasakan Is demi masa depan yang cerah.
  1. Sambung pengajian
  • Setelah Is seronok mengalami fasa bekerja dengan kerajaan, tiba-tiba Is mendapat tawaran sambung pengajian ( atas permohonan rayuan ). Memang Is dalam dilema juga bila mendapat tahu bila Is dapat sambung kerana Is terletak di antara 2 iaitu Sambung pengajian atau teruskan dengan kerjaya yang Is dapat. Jurusan yang Is dapat memang berlainan dengan diploma dulu. Is memang tak boleh bayangkan boleh ke Is harungi bidang berkaitan pembangunan manusia dan pengurusan .

Apa-apa pun Is telah pun membuat keputusan dan Is redha dengan keputusan yang Is buat ini. Semoga jalan dan keputusan yang Is buat ini diredhai dan berkati oleh Allah SWT.

Semoga Is berjaya mengharungi pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bac. Sains Pembangunan Manusia dan Pengurusan. Terima Kasih buat warga Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Melaka yang banyak membantu Is dalam mengenal erti kehidupan bekerja. InsyaAllah, Is akan kembali bersama LHDN dan menjadi warga LHDN kelak.

0 comments:

 

Template by Blogger Candy