
Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T akhirnya kita bakal menjalani ibadah puasa bagi tahun ini. Sungguh indah bulan Ramadhan. Bagi Is , tahun ini ramadhan berbeza sama sekali berbanding tahun lepas. Kalau diikutkan ramadhan sebelum ini sungguh indah sebab ramadhan lalu disambut dengan kawan. Sahur bersama, berbuka bersama, pergi ke ladang bersama, pergi ke kelas bersama, bertarawih bersama. segalanya bersama.
Tapi ramadhan kali ini tidak kurang hebatnya, cuma bezanya Is menyambut dan menjalani ibadah puasa sebagai seorang penjawat awam. Is harapkan semoga ramadhan kali ini dilimpahi dengan penuh keberkatan . Setiap pekara dan peristiwa yang berlaku terselit suatu keindahan dan kemanisan.
Is hendak ucapkan ' Selamat menjalani ibadah puasa ' semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan, ketakwaan dan kesabaran. Kita berpuasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga, ingat puasa juga lima pancaindera kita.
Akhir kata dari Is , selamat berpuasa dan puasa cukup sebulan taw. Nanti siapa puasa penuh, Is bagi duit raya ye...
0 comments:
Catat Ulasan