Isnin, 4 April 2011

ragam manusia~

hurm ~~
Jika kita diberi peluang untuk menilai seseorang insan, berdasarkan perwatakan, imej dan penampilan mengunakan penilaian mata kasar adalah amat mudah. Namun begitu, jika kita diberi peluang untuk menilai hati, perasaan dan keinginan seseorang insan itu, bolehkah kita menilai dengan mata kasar? TIDAK!...
Jika sesiapa yang memberikan jawapan YA , mereka adalah golongan hipokrit~
Jika anda diberikan satu situasi, anda merupakan seorang kawan yang baik yang dikelilingi oleh rakan - rakan yang lain.
  • Adakah mereka amat menyenangi anda? atau
  • Mereka hanya sekadar menumpang kesenangan di atas bantuan dan pertolongan anda?

Hanya hati dan iman anda sahaja yang boleh menjawab persoalan tersebut,berdasarkan pengalaman yang saya lalui, Ada segelintir pihak akan membuat pekara sedemikian.Manusia memiliki rambut sama hitam tapi isi hati dan perasaan yang berbeza. Sekali lagi kejadian yang sama menimpa pada diri saya.

Tolonglah!!

Saya perlukan kawan ketika susah dan senang~dan bukannya kawan ketika suka dan lari ketika duka.

Apa-apa pun terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya selama ini.

p/s= ini adalah luahan hati seorang kawan, sahabat, teman kepada seseorang insan bernama kawan, sahabat , teman.

0 comments:

 

Template by Blogger Candy