Ahad, 5 Disember 2010

MAHA!!!

MAHA 2010
Memang pameran pertanian terbesar di Asia Tengara yang dinantikan .Kemunculannya hanya 2 tahun sekali.Pelbagai produk pertanian diketengahkan pada ekspo ini. Sebagai bakal graduan bidang pertanian,hati memang meronta hendak pergi ke pameran ini. Akhrinya jejak juga kaki ini ke Tapak MAEPS Serdang.
Perjalanan dengan menaiki Bas Ekspres dari Melaka ke Bukit Jalil, Kemudian menaiki LRT ke Stesen Transit . Dari situ terus ke Serdang.Hendak menaik bas terpaksa menunggu masa,jadi keputusannya menaiki teksi. Dari stesen serdang bergerak menerusi pintu 8 UPM menuju ke tapak MAEPS Serdang. Panas terik betul hari tue, dari tapak jualan kami terus ke dewan A,B,C dan D. Memang tapak ekspo itu dibanjiri dengan lautan manusia.
Kalau satu hari di MAHA memang tidak cukup masa hendak berjalan,mahu 2 hari cukup pusing MAHA.
Aktiviti kami tergendala seketika,kerana Allah S.W.T menurunkan hujan rahmat-NYA .Kami berehat di hadapan pintu masuk tapak ekspo. Apabila hujan berhenti, kami menaiki gondola menuju ke rumah rakyat. Pelbagai hasil pertanian dari sesuatu negeri itu dipamerkan. Sebagai contoh,negeri Johor mempamerkan Nenas yang popular disana .Rumah negeri dihiaskan dengan pelbagai variati bunga dan sayuran yang berfungsi sebagai lanskap. Memang cukup indah hingga tiada kata untuk digambarkan.
Di MAHA kali ini yang menarik hati saya adalah kacang castor,bamboponik dan stevia. Saya tertarik dan membeli sepokok pokok stevia rebaundia iaitu pokok gula. Percaya atau tidak,cuba lah sendiri.
Hari pun dah petang,badan dah letih, dah tak larat nk berjalan.Nasib baik tak payah nk tunggu bas,bas ada dah dekat pintu masuk ekspo. Bas rapid kl ke stesyen serdang dan terus pulang ke Melaka. Memang perjalanan yang penug dengan kegembiraan. Keriangan bertemu kembali dengan kawan sekuliah, timah dan tito. Memang satu kenangan selepas bermingu-mingu bercuti semester akhir ini.
Rumah Negeri Terenganu
Lanskap Rumah Negeri Melaka Lanskap Jabatan Pertanian
Banjir di MAHA 2010
Gondola Siakap
Hujan Lebat di MAHA 2010
Replika Bambooponik
Langkawi Rockmelon
Timah bergambar didalam Dewan A
Semasa di Stesen LRT Bukut Jalil

0 comments:

 

Template by Blogger Candy