Rabu, 27 Oktober 2010

tuai ikan...

Salam buat semua, Pada post kali ini saya nak kongsi la pengalaman saya pada hari isnin lepas. Mesti korang tak tau kan ape yg berlaku pada hari isnin lepas..Pada 25 Oktober 2010, Diploma Sains Pertanian telah menuai ikan, bertempat di ladang kolej . Memang first time la nk harvest ikan,memang pengalaman yang manis untuk semester akhir nie. Waktu ini lah kawan saya (faris faizan) saya ajar pegang ikan keli (sebab saya nie bru first time hihihihii) percaya ke tidak terpulang la pada anda..Memang perasaan nk terjun dalam kolam tue membuak -buak la..Bayangkan lah kolam yang pernah direndam 4 beg 50 kg tinja ayam + lumpur + lebih 1000 ikan keli = boleh memberi keriangan pada saya..Itulah realiti kehidupan bagi setiap mahasiswa jurusan sains pertanian. Banyak jugak lah pekara baru yang saya boleh senaraikan yang diperolehi dan didapati pada hari itu:
  1. Saya pegang ikan keli
  2. Saya siang ikan keli
  3. Saya menjerit dalam kolam sebab ikan keli lalu kat kaki saya
  4. Saya suka main lumpur

Kami dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu, tangkap ikan dalam kolam, siang ikan dan membersihkan ikan. Susah la nak cerita,hihihihihi sebab best sangat!!!! Ikan keli yang kami bela nie x berlendir dan padat isi nyew...hihihihi

* tapi saya nk citer kat korang tentang ikan keli yang ada kat pasar atau manew2 kedai la kan sebenarnya penternak bagi dedak + bangkai ayam..

wwuuuuueeekkkk!!!!

percaya atau x , pegi la tnya owg yang ternak ikan keli ( saya x tipu sebab pensyarah saya citer)

kini ia akan tinggal kenangan buat semua mahasiswa diploma sains pertanian semester 5 2010

Ini kumpulan siang ikan
Ikan haruan yang dapat ditangkap dalam kolam
Ikan keli yang ditangkap di simpan di dalam tangki Penat berlari menangkap ikan
bergambar didalam kolam ikan keli
Mencari-cari kelibat sang keli
Pulun abis member-member saya
Saya pegang ikan keli!!!
Ikan keli yang di tangkap

0 comments:

 

Template by Blogger Candy