Khamis, 14 Oktober 2010

Pemodalan RISDA Berhad

Assalamualaikum,
Hari ini sungguh ceria dan indah, saya sungguh bertuah dapat bertemu dan beramah mesra dengan penaja biasiswa saya , Permodalan RISDA Berhad (PRB). Tetapi dahulu saya ingat biasiswa saya ditaja oleh RISDA, tapi ia ditaja oleh salah sebuah anak syarikat RISDA yang kecil tetapi kukuh dari segi kewangan.
Seawal jam 8.30 pagi, kami dijemput oleh kakitangan PRB dengan menaiki kenderaan rasmi dan menuju ke PRB Ampang. Kami seramai 6 orang pemegang biasiswa iaitu:
  1. Saya sendiri
  2. Nuzulul Fatihie
  3. Omar Akmal
  4. Norul Hazmimie
  5. Fairus
  6. Aswamariza

Kami sampai lebih kurang jam 10.30 pagi dan disambut oleh En Suhaiman dan En. Azri pegawai kanan PRB.Kami dijamu dengan roti canai .PerggghHHh!!!nikmat tol la..

Lepas tue,kami diberi penerangan oleh En Abu mengenai kedudukan PRB dalam organisasi RISDA.Kami juga dapat bersua dengan pengurus besar PRB En Ismail bin Yunos.(baru aku ingat en Ismail la yg interview aku dulu,sampai bergaduh kat dalam bilik interview)Banyak soalan diajukan kepada kami (soalan diew aku akan siarkan di edisi lain)Kami diberi cenderahati yang dibungkus cantik.Kami diraikan PRB di De'Palma Ampang (huh rase bangga la bila di raikan)hihihihi...Best la jugak makan tadi...

Kitaowg memperkenalkan diri masing-masing...dan cube merapatkan diri dengan keadaan kekeluargaan PRB itu sendiri.En Ismail bin Yunos membuat jenaka,membuat kami tidak rasa terpinggir waktu dalam majlis.

Bergambar bersama kakitangan pengurusan atasan PRB
Duduk berbual di dalam bilik General Manager PRB Ini kepada yang mencari PRB
Kenderaan rasmi membawa kami ke PRB Ampang

0 comments:

 

Template by Blogger Candy