
-
kerana guru kita dapat menulis
-
kerana guru kita dapat membaca
-
kerana guru kita berada tempat yang mulia...
ingin saya ucapkan ribuan penghargaan kepada guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada saya sepanjang persekolahan...
-
Tadika KEMAS Batu Berendam
-
Tadika Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
-
Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai
-
Sekolah Menengah Kebangsaa Iskandar Shah
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas
sehingga saya berjaya menjadi seorang insan yang berjaya dan berguna kepada masyarakat...Saya dedikasikan khas puisi nukilan Sasterawan Negara Usman Awang
Guru oh Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Selamat Hari Guru
kpd semua warga pendidik tidak kira dimana anda berada..teruskanlah usaha murni mu menyemai ilmu didada anak murid mu...Guru lah insan yang gelar insan mulia
0 comments:
Catat Ulasan